Pengantin Lakukan Aksi Mat Rempit

on Sunday, March 3, 2013

Pengantin lakukan aksi Mat Rempit di hari persandingan Ipoh : 

Aksi lagak ngeri mencuri tumpuan pada hari bersejarah pasangan pengantin, Sharifudin Shahrin, 28, dan isteri, Nurhafizah Fakhrudin, 27, pada majlis perkahwinan di Kampung Sri Kinta, di sini, semalam. 

Dalam cuaca panas terik, pengantin lelaki, Sharifudin atau dikenali dengan panggilan Dino membuat aksi unik itu di perkarangan rumah keluarga pengantin. Pada majlis itu Sharifudin menunjukkan aksi ‘dough nut’ (memusing bulatan) dan ‘wheelie’ selama hampir 20 minit. 

Dia yang juga bekas ‘mat rempit’ membuka bengkel motosikal di bandar raya ini sebagai juruteknik manakala isterinya bertugas sebagai kerani bank. Pengantin Baru,Sharifudin Shahril, 27 melakukan aksi " Donut " di hadapan pasangannya, Norhafizah Fakharudin, 27 di majlis perkahwinan mereka di Kampung Sri Kinta dekat Ipoh semalam. 

Sharifudin yang berkenalan dengan isteri ketika menuntut di sekolah rendah berkata, dia memilih melakukan aksi lagak ngeri itu kerana minat mendalam terhadap motosikal, selain mengabdikan kenangan indah itu bersama isteri dan keluarga yang menghadiri majlis itu. “Sebelum ini saya menyertai kelab Wazi Boyz yang aktif melakukan pelbagai persembahan ‘stunt’ di seluruh Semenanjung. 

Sumber: Harian Metro
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© MomokLucu All Rights Reserved