Kisah Misteri Di Hospital NUH (Kisah Seram)

on Friday, May 17, 2013



Kisah Misteri Di Hospital NUH (Kisah Seram) | Panggil saja saya dengan nama YT. Kisah ini berlaku pada saya semasa umur saya 10 tahun dan sekarang umur saya ini sudah 25 tahun. Tapi perkara ini saya tidak boleh lupakan. Saya ini memang penakut orangnya, pada masa itu saya sedang sakit
semput.
Dan saya tidur di bilik mak dan bapak saya. Semput saya terlalu teruk sehingga saya tidak boleh bernafas langsung. Mak dan bapa saya pun cemas dan langsung membawa saya ke hospital NUH dengan menaiki teksi. Saya kena tahan dan terpaksa ditahan di hospital tersebut. Tapi wad saya itu di kalangan anak-anak kecil kerana masa itu saya masa kecil.
Pada hari pertama saya tidak ditemani oleh mak dan bapak saya, dan wad saya mempunyai enam katil. Katil saya terletak betul2 dengan pintu masuk wad. Wad tak ada pintu, ia hanya lapang dan tembok sebelah saya lopong di bahagian bawah. Jadi sesiapa yang jalan atau masuk saya boleh nampak kakinya.
Sebelum mak dan bapak saya pulang ke rumah, mak saya ada pesan kepada ibu kepada pesakit di sebelah katil saya, yang sedang menemani anak lelakinya. Mak saya berkata, "Boleh tak awak tengok-tengokkan anak saya sebentar? Saya dan suami hendak pulang ambil keperluan anak saya, lagipun anak saya lagi dua orang masih di rumah tak ada orang jaga..." Ibu itu pun setuju. Semasa mak dan bapak saya pulang saya tengok jam sudah pukul 1.30 pagi. Sewaktu tengah rehat di katil ada seorang jururawat memakaikan saya gas semput yang kelihatan seperti topeng yang menutup hidung dan mulut untuk menghilangkan semput saya. Jururawat itu berkata gas itu akan habis dengan sendirinya dan jangan dibukanya dengan sendiri. Saya pun menganggukkan kepala. Saya baringkan badan saya dan mengadap tembok pintu masuk wad itu. Malam itu saya tidak tidur sama sekali, hanya menunggu gas itu habis dan melihat tembok itu dan melihat sesiapa yang berjalan lalu.
Dalam sekitar dua puluh minit gas saya kehabisan, saya tahu kerana saya biasa ambil gas semput ini. Saya pun buat bodoh, tak nak buka sendiri kerana takut dimarah jururawat. Tiba-tiba ada seseorang membuka gas saya itu, saya dapat lihat dan rasa tangannya. Saya mati-matian ingatkan ibu pesakit yang di sebelah katil saya. Saya baru hendak pusing dan ucapkan terima kasih, tapi alangkah terkejutnya saya melihat ibu itu sedang tidur dengan nyenyak dan dalam bilik itu tidak ada seorang pun jururawat. Saya punyalah takut, saya terus ambil selimut dan tutup seluruh badan saya dan tidur. Keesokan harinya saya meminta supaya bapa saya menemani saya.
Siapakah yang menolong saya membuka topeng gas itu, kerana saya masih teringat-ingat tangan yang membukanya. Sebaik saya mahu pusing tiada orang pun. Tapi selamat ia tak mengapa-apakan saya, cuma menolong saya membuka topeng gas saya itu.
Sekian kisah saya,
17 May, 2013

Pakcikku Pengamal Ilmu Hitam (Kisah Seram)




Pakcikku Pengamal Ilmu Hitam (Kisah Seram) | Saya Ingin menceritakan tentang pakcik saya yang mengamal ilmu hitam untuk melakukan apa saja demi kepentingan dirinya. Saya sendiri pernah menyaksikanya adegan yang amat mengerikan dan menakutkan yang berlaku di salah sebuah tempat di Johor. Tempat yang dia menginap amat terpencil dari para penduduk dengan kampung. Pada satu malam, semasa saya berehat di luar beranda rumah, saya lihat pakcik mengambil anak batu lesung diikatnya seperti kain kafan. Ibu pada anak batu lesung itu disembunyikan. Tepat pada pukul satu pagi, saya terdengar suara anak kecil menangis dengan suara yang garau meminta tolong agar dibuka kain putih yang dibalut seperti kain kafan.
Pakcik terus membaca mentera dengan mulutnya terkumat-kamit tanpa menghiraukan yang saya dalam keadaan ketakutan dan hampir menangis. Bila pakcik saya makin kuat membaca mentera yang dipelajarinya, tiba-tiba sahaja angin kuat bertiupan di sekeliling rumah. Tingkap kaca pecah dan suara Kak Pon mengilai begitu kuat. Saya panggil pakcik saya berulang kali supaya menghentikan menteranya tapi dia tak peduli. Bila dia mendongakkan mukanya, kelihatan begitu menakutkan kerana kulit mukanya bersisik dan matanya merah menyala.
Saya dengar dia berbicara dengan anak lesung kecil itu, "Aku akan pulangkan kau pada ibu kau kalau kau dapat menunaikan permintaan ku..." Pakcik saya sanggup mengamal ilmu hitam sesat itu mencari kekayaan dan ingin penduduk kampung menghormatinya. Peristiwa ini berlaku pada tahun 2003. Sejak itu saya tak pernah mengunjunginya. Akhir sekali dia menghembus nafas yang terakhir pada tahun ini. Yang amat menyedihkan semasa dimandi dan dikebumikan, jenazahnya berbau busuk dan mukanya bernanah walaupun sudah dimandikan. Hingga saudara dan sahabat arwah pakcik saya begitu terperanjat bila melihat jenazah. Apa yang saya ceritakan ini adalah benar kerana saya tak dapat melupakanya hingga ke hari ini.

Kisah Misteri Pontianak Mengilai (Kisah Seram)


Kisah Misteri Pontianak Mengilai (Kisah Seram) | Nama saya Suhaimi, berumur 16 tahun. Saya baru sahaja selesai peperiksaan peringkat 'O'. Saya baru dapat peluang emel pengalaman seram saya, lega rasanya sudah selesai peperiksaan ini. Perkara ini berlaku dua minggu yang lalu, pada hari Ahad. Saya sedang belajar untuk subjek Fizik, kerana esoknya peperiksaan untuk subjek tersebut. Maklumlah, nak dapat keputusan cemerlang, kenalah belajar lebih sedikit hingga ke larut malam. Saya mula mengulangkaji subjek tersebut pada siang hari, hinggalah sekitar 12 tengah malam. Saya pergi ke dapur untuk membuat secawan air Milo dan kembali ke bilik untuk sambung belajar. Sambil belajar, sambil itu saya mendengar rancangan radio
Sambil mengulangkaji pelajaran, saya mendengar rancangan radio dengan suara yang amat perlahan. Tiba-tiba, saya terdengar seperti ada bunyi ketawa yang sangat lembut. Saya ingatkan nyonya yang main mahjong di blok depan, jadi saya pun tak hiraukannya. Makin lama, makin kuat kedengaran bunyi ketawa itu. Saya pun mula rasa takut, bulu roma semua ternaik. Saya pun cepat-cepat tukar stesen radio kepada yang lain kerana rasa takut yang amat sangat. Walaupun rasa takut sudah mula menyelubungi diri saya, saya tetap menguatkan semangat untuk sambung mengulangkaji. Masa menunjukkan satu lebih pagi, saya masih mengulangkaji pelajaran.
Sedang saya belajar, saya tidak tahu mengapa, tetapi saya pusingkan kepala saya ke arah tingkap, yang berada di sebelah kiri saya. Saya terkejut apabila terlihat seperti ada kain putih yang berterbangan di salah sebuah tingkap di blok depan yang berhadapan dengan rumah saya. Pada mulanya, saya kelip dan menggosok mata saya untuk memastikan apa yang saya lihat itu adalah benar. Memang benar, apa yang saya lihat memang betul. Kain puth itu sedang berterbangan di luar tingkap di blok depan, saya takut sangat dan terus simpan semua buku-buku dan nota-nota saya dan terus masuk tidur.
Saya susah nak tidur pada malam itu, terfikirkan tentang perkara itu. Sebelum ini saya tak pernah mengalami perkara sebegitu rupa. Maklumlah, ini pertama kali, menggelabah saya dibuatnya. Sangat menyeramkan. Sejak kejadian itu, saya tidak mengulangkaji pelajaran sehingga larut malam lagi. Saya sudah serik dengan pengalaman saya yang sangat menyeramkan itu. Sekian, terima kasih dan selamat tengah malam...



Cerita Gangguan Di Kondo (Kisah Seram)


Cerita Gangguan Di Kondo (Kisah Seram) | Peristiwa ni berlaku baru sahaja pada hari Jumaat yang lalu. Saya adalah CSO (Chief Security Officer) di mana tempat saya bertugas di sebuah kondominium di kawasan Tampines.

Saya ada mendapat emel dari pengerusi jawatankuasa kondo di tempat saya bertugas kerana laporan yang saya hantar setiap minggu untuk penilaiannya ada masalah. Tuan pengerusi bertanya pada saya kenapa setiap malam "clocking point" yang terletak di kawasan gelanggang tenis tidak tertera di dalam laporan walhal setiap jam 12 malam dan 3 pagi harus dicatit bahawa "clocking" telah dilakukan. Jadi sebagai ketua atasan saya datang ke kondo sekitar jam 1:30 pagi dan bertanya dengan ketua pengawal kenapa tak melakukan apa yang sepatutnya dilakukan di kawasan gelanggang tenis itu. Pengawal itu berkata mereka tak berbuat yang sepatutnya kerana kawasan itu keras.

Jadi saya minta mereka lampu suluh dan saya terus ke kawasan yang dikatakan pegawai itu sebagai tempat yang keras. Semasa saya hampir sampai di kawasan gelanggang tenis itu, di lampu besar yang terletak di tengah gelanggang tenis itu memang ada tempat duduk untuk penduduk kondo menonton sesiapa yang bermain tenis di situ. Saya ternampak seperti susuk tubuh seorang wanita berambut panjang dan berkain putih duduk di bangku menunduk ke bawah. Maka saya menyuluh lampu ke bangku itu kerana kawasan itu gelap.

Masa saya menyuluh, saya tergamam dan bulu roma saya terus meremang bila saya perhatikan dengan betul-betul wanita itu adalah pontianak!!! Dia mengilai dan terbang dari situ seperti burung angau putih. Nasib baik tak ada apa-apa perkara buruk yang terjadi pada saya. Alhamdulillah saya tak sakit atau dirasuk. Bila saya tanya dengan pakcik tua yang bekerja sebagai pembersih di sana selama lima tahun, dia ada mengatakan ada wanita Cina membunuh diri di situ. Ini memang benar dan saya memberitahu pada pengerusi kondo itu bahawa tempat itu memang keras dan "clocking point" itu saya alihkan ke tempat yang lain.

Terima kasih,

17 May, 2013


-
Source:
http://seram-giler.blogspot.com/2013/05/cerita-gangguan-di-kondo-kisah-seram.html
--
Manage subscription | Powered by rssforward.com

Kisah Misteri Uri Tembuni (Kisah Seram)

Kisah Misteri Uri Tembuni (Kisah Seram) | Nama saya Lyn, saya ingin berkongsi cerita tentang sepupu saya yang baru mendapat cahayamata lebih kurang 6 bulan yang lalu. Isteri sepupu saya ini melahirkan anak kembar jadi banyak komplikasi yang dia hadapi hingga terlantar di wad ICU, selepas memakan masa yang agak lama, akhirnya lahirlah anak kembarnya di dunia ini.

Apabila doktor memberi uri untuk dibawa pulang, jam sudah terdetik pukul 2 pagi, jadi terpaksalah sepupu saya ini pulang sendirian untuk menanam uri anaknya. Dalam perjalanan sepupu saya ke lif untuk ke besmen mengambil keretanya, dia ternampak seorang wanita yang menundukkan muka beliau yang baru sahaja keluar dari lif yang dia hendak memasuki. Terdetik dalam hatinya takkan ada orang nak datang ziarah pesakit malam-malam buta, jadi sepupu saya terus masuk dalam lif dan menekan butang ke besmen. Alangkah terperanjatnya dia apabila pintu lif hendak tutup ternampak kelibat putih yang mahu masuk dalam lif juga.

Dalam keadaan yang menggeletar, sepupu saya sempat menelefon bapanya (pakcik saya) yang ada di rumah, dan memberitahunya bahawa ada benda yang mengikutnya. Pakcik saya ini tidaklah pandai sangat tetapi semangatnya kuat, jadi dia suruh sepupu saya bawa kereta pergi ke mana-mana dahulu dan jangan terus pulang kerana benda itu akan ikut dia pulang ke rumah.

Apabila sudah sampai di bawah blok, sepupu saya perasan ada benda putih yang duduk di atas pokok, apalagi tanpa membuang masa, sepupu saya terus naik ke atas dan bapanya telah pun menabur garam kasar di luar rumah jadi benda itu tidak dapat masuk dalam rumah. Apabila sepupu saya masuk saja ke dalam rumah dan menutup pintu, terasa hembusan angin yang begitu kencang sekali sedangkan tidak hujan. Agaknya benda itu hendakkan uri tembuni yang sepupu saya bawa balik. Sekian saja cerita saya. Assalamualaikum...

17 May, 2013


-
Source:
http://seram-giler.blogspot.com/2013/05/kisah-misteri-uri-tembuni-kisah-seram.html
--
Manage subscription | Powered by rssforward.com

Cermin Mata Yang Tertinggal

on Friday, April 26, 2013


Pada suatu hari sepasang suami isteri yang agak berusia umurnya sedang dalam perjalanan menuju ke Johor Bahru melalui highway. Tujuan mereka adalah untuk melawat cucu yang baru lahir di sana. Mereka bertolak semenjak subuh lagi. 

Perjalanan itu agak jauh juga, maklumlah dari Lumut, Perak katakan. Sesampai mereka diperhentian rehat Pagoh, mereka berhenti melepaskan penat memandu. Si suami minum air "PowerRoot" dan si isteri pulak minum air kacip fatimah, nak segarkan mata agaknya tu. Setelah berehat agak lama juga, mereka pun menyambung perjalanan menuju ke JB. Lebih kurang 15 minit selepas meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si isteri teringat sesuatu lalu berkata.. 

Isteri: Abahnya, cermin mata saya tertinggal kat tempat makan tadi!! 

Suami: Ya Rabbi, awak ni menyusahkan betul la, cermin mata tu pun tak boleh nak jaga, nak kena pusing balik lagi, kena bayar toll lagi, lain kali letak cermin mata atas kepala, baru tak tertinggal. Dah tua makin nyanyuk pulak dia ni. 

Si suami terus membebel sepanjang jalan, manakala si isteri terus membisu kerana salah sendiri. Walau macamana pun si suami pusing balik jugak untuk ambil cermin mata si isteri, tapi cuping telinga panas membara kena leter. 

Bila sampai ditempat tadi si isteri turun tergesa gesa untuk mengambil cermin matanya yang tertinggal. Tetapi tiba-tiba si suami memanggilnya semula. 

Suami : Nak pergi mana? 

Isteri : Nak ambil cermin mata saya la, apa lagi! 

Suami: Tolong ambil cermin mata saya sekali, saya rasa tertinggal jugak atas meja tu! 

Isteri : @#%$*!?>/&$(%#@#@$%&^%*&^?>&%$#^!@~><?*)&^^$%@#

Pakcik Dan Pengurus Bank

on Tuesday, March 19, 2013

Seorang pakcik, berumur 70 an, datang ke sebuah bank untuk menyimpan duit. Beliau menyimpan duit setiap hari. Sekali simpan RM5 ribu. kadang-kadang RM8 ribu. Ade jugak sampai RM12 ribu!! Hal ini menarik perhatian Pengurus Bank. Banyak betul duit pakcik ni, tiap-tiap hari datang sini simpan duit, fikir Pengurus Bank. Pengurus Bank pergi mendapatkan pakcik itu di kaunter urusan...

Pengurus Bank: Pakcik.. boleh saya tanya sesuatu?
Pakcik: Boleh.. ape salahnya..
Pengurus Bank: Saya pengurus bank ni. Saya dah lama perhatikan pakcik. Saya nampak pakcik simpan duit tiap2 hari. 5 ribu, 6 ribu, 10 ribu. banyak duit pakcik? pakcik keje ape sebenarnya?
Pakcik: Saya tak keje. saya menang bertaruh..
Pengurus Bank: Bertaruh? bertaruh camne tu?
Pakcik: Kalau nak tau.. kita bertaruh nak?
Pengurus Bank: Ok. saya tak kisah..
Pakcik: Macam ni.. 7 hari dari sekarang.. saya jamin.. 'telur' encik akan hilang..
Pengurus Bank: Hahahaha.. macamana pulak 'telur' saya bleh hilang ni? Kelakar!
Pakcik: Kalau encik tak percaya, tak apa. Minggu depan kalau telur encik hilang, encik kena bayar saya RM1000. kalau 'telur' encik masih ade lagi, saya akan bayar encik RM1000. kita jumpa minggu depan, kat sini..
Pengurus Bank: Ok..

Abis waktu keje, pengurus bank pulang ke rumah dalam keadaan takut. Walaupun tak percaya dengan kata2 pakcik tu, dia tetap risau. Malam, sebelum tidur dia akan periksa 'telur' ade ke tidak. Bangun pagi, perkara pertama beliau lakukan.. periksa 'telur' kot-kot kalau 'telur'nya betul2 hilang!

Begitulah keadaannya sampai hari yg ke 7......

Pengurus bank amat gembira hari ini. dia akan dapat 'rezeki terpijak' RM1000!! 'Telur'nya masih selamat di tempat asal. Pakcik si kaki bertaruh sampai di bank dan terus menuju ke kaunter utk berjumpa pengurus bank tersebut. Pengurus bank menanti dengan senyuman..

Pengurus bank: Pakcik.. hari ni memang bukan rezeki pakcik..
Pakcik: Kenapa pulak?
Pengurus bank: Nampaknya pakcik dah kalah.. 'telur' saya masih ada..
Pakcik: Ye ke ada? tak percaya la.. boleh saya periksa?
Pengurus bank: Silakan..
Pengurus bank bangun dan pakcik itu memegang 'telur' si pengurus bank.
Pakcik: Erm.. Nasib encik memang baik.. 'telur' encik masih ada. Nampaknya saya dah kalah kali ni..
Pakcik itu menghulurkan RM1000 kepada pengurus bank..
Pengurus bank: Hahahaha! itu la pakcik.. kalau nak bertaruh.. tengok org la dulu.. hahahahaha..
Pakcik itu terus keluar dari bank tanpa berkata apa2..

Selang 10 minit kemudian, pakcik itu masuk balik ke dalam bank dan terus menuju ke kaunter untuk membuat urusan..

Pengurus bank: Aik? datang balik? nak buat apa pulak ni?
Pakcik: Saya nak simpan duit.. Nah.. RM7000.. masukkan dalam akaun saya..
Pengurus bank: Tapi.... mana datangnya duit sebanyak ni?
Pakcik: Nampak jaga kat luar yg tengah tengok kita tu? Saya bertaruh RM7000 ngan dia yg hari ni saya akan pegang 'telur' pengurus bank ni..
Pengurus bank: CELAKEEEE!!!!


copy paste...


 
© MomokLucu All Rights Reserved